Sabtu, Juni 1

TUGAS ARTIKEL MK ALAM DAN TAMADDUN MELAYU SEMESTER II


Kerajaan Kedah Tua di Tanah Semenanjung

Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar (KalahPura), dan Kalagram. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama, tetapi kemudian pelabuhan tersebut dipindahkan ke Lembah Bujang. Masyarakat Kedah Tua menghasilkan barang perdagangan seperti rotan, damar, kayu cendana, dan gading gajah. Kerajaan ini dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu. Pengaruh Hindu-Buddha ini dapat dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang. Gunung Jerai juga menjadi petunjuk bagi pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang atau di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua menjadi tempat penukaran barang, persinggahan, dan tempat memperbaiki kapal pelayar serta pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi, dan Eropa sebelum mereka melanjutkan perjalanan ke Timur. Selain itu, Kedah Tua juga menjadi pusat perdagangan hasil-hasil lokal seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, dan tanduk. Meskipun merupakan sebuah kerajaan samudera, Kedah Tua juga dikenal sebagai penghasil padi terkenal karena tanahnya yang rata dan luas. Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Bukti-bukti sejarah menunjukkan penemuan wang perak pada zaman Sultan, manik yang dibawa dari India, dan barang kaca dari Timur Tengah.

Pelabuhan Kedah Tua memiliki lokasi yang amat strategik serta sejarah perkembangan yang amat panjang. Sebagai sebuah pelabuhan, Kedah Tua dilawati oleh para pedagang dari Timur dan Barat secara berterusan dan berkala bergantung kepada faktor pertukaran angin monsun. Kedah Tua telah didatangi oleh para pedagang dan pengembara dari India, Asia Barat dan juga China yang memiliki tahap ketamadunan yang tinggi dan yang paling penting mempunyai kebiasaan untuk menyimpan rekod bertulis. Berdasarkan kepada penemuan arkeologi yang wujud diketahui bahawa pedagang pedagang yang paling dominan di Kedah Tua adalah pedagang China, Arab dan India. Hal ini dibuktikan berdasarkan kepada penemuan seramik-seramik, arca, prasasti, dan monumen yang ditemui di Lembah Bujang Para pengembara dan pedagang China, Arab dan India bukan sahaja telah meninggalkan kesan arkeologi di Lembah Bujang malah telah turut mengabdikan pengalaman atau pengetahuan mereka mengenai Kedah Tua dalam bentuk sumber bertulis. Perkembangan Kedah Tua sebagai sebuah pusat pelabuhan entrepot telah digambarkan melalui catatan pengembara dari China, India dan Asia Barat. Sumber-sumber asing tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Antaranya adalah seperti dalam bentuk syair/puisi, prasasti, ensiklopedia, sejarah dinasti, catatan topografi dan juga catatan pelayaran. Kredibiliti catatan pedagang dan para pengembara asing secara umumnya adalah tinggi kerana pencatat merekodkan gambaran berdasarkan kepada perkara yang dilihat atau didengari. Walaupun gambaran yang diberikan datangnya dari sudut pandangan yang berbeza-beza, tetapi hampir semua gambaran adalah konsisten antara satu sama kerana kesemuanya menekankan peranan Kedah Tua sebagai sebuah pelabuhan entrepĂ´t yang kaya (Braddell 1989: 345, 388).

Sepanjang kurun ke 200 hingga 630M, Kedah berada di bawah naungan kerajaan Hindu Funan dengan Lembah Bujang berfungsi sebagai pusat pemerintahan yang diperintah oleh dua orang ketua puak Melayu tempatan bertaraf Penghulu iaitu Tan Derma Dewa yang menguasai wilayah barat Kedah sementara Tan Perkasa menguasai wilayah timur Kedah, yang mana waktu mereka selari dengan zaman hayat Rasulullah s.a.w (570 - 632M). Mereka ini digelar kaum gergasi yang menguasai daratan dan lautan Kedah (Hao, 2016), disimbolkan sebagai ‘naga-naga’ (Muhammad Abd Razak (2021:171-172) yang lama mendiami dan mempertahankan Kedah dari ancaman puak-puak utara dari Burma iaitu Tenangsari dan Pegu serta Ligor, Caiya, Langsuan dan Ban Don dari Siam (Langkawi, 2018:25-27). Namun kejatuhan Funan selatan kepada empayar Chenla pada 628M menyebabkan kedua-dua Penghulu tersebut mula berebut kuasa dan wilayah.

Kemasyhuran Kedah mengagumkan para pengembara Arab zaman Abbasiyah seperti Ibnu Khurdahbih melalui catatannya ‘al Masalik wal Mamalik’ (846M) dan Al Yakubi dalam catatannya; ‘al Buldan’ (870M). Hubungan erat dagang Abbasiyah - Kedah terbukti apabila terdapat jumpaan sekeping syiling perak di Kedah atas nama Al-Mutawakkil (847-861M); khalifah Abbasiyah ke 10 (Fatimi, 1963). Kedah menjadi destinasi perdagangan baharu yang masyhur kepada para pedagang Arab dan Parsi di kawasan barat semenanjung sementara Patani di sebelah timur kesan dari pemberontakan rakyat di Canton terhadap dinasti Tang pada 877M diikuti Yang Chow pada awal 900an (Tibbetts, 1957; Al Attas, 1969:30-31).

 

Daftar Pustaka :             

§     https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kedah_Tua

§    Khaw, N. R., Zainun, N., & Saidin, M. (2017). Kedah tua: Satu cerakinan sumber India. Jurnal  Arkeologi Malaysia, 30(2).

§   Janudin, S. (2023). Kota Bukit Meriam: Merungkai Sejarah Tamadun Kerajaan Kedah Tua.  Jurnal Dunia Pengurusan, 5(2), 1-20.

Penulis :  Zamah Syahri, Program Studi Akuntasi Syariah, Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Syariah Bengkalis, Provinsi Riau 

1 komentar:

  1. Mohon kritik dan saran dari semua, untuk perbaikan dalam penulisan ini, terimakasih kepada Pak Dosen yang selalu memmotivasi kami dalam dunia bloger ini!

    BalasHapus

Melirik Kopi Liberika Asal Pulau Rangsang, Kepulauan Meranti

By ZAMAH_RANGSANG,  Jumat, 13 Desember 2024 Pulau Rangsang, sebuah pulau kecil yang terletak di Kecamatan Rangsang, Kabupaten Kepulauan Mera...