Kamis, Februari 29

PEMBAGIAN KELOMPOK MATKUL “ALAM DAN TAMADDUN MELAYU”


 

Bahan Sub Bahasan Anggota Kelompok Tiga a.n. Zamah Syahri_NIM. 202301062. Mata Kuliah Alam Tamadun Melayu

Kerajaan Kedah Tua

By Zamah_Kamis, 29 Februari 2024_Bengkalis
 


    Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I-Tsing (Yijing, 635-715, sami di Dinasti Tang) dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha, Kerajaan Kedah Tua dipercayai bermula pada abad ke 3. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. 

    Kerajaan kedah tua ini bersama-sama dengan Kerajaan Langkasuka berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu. Dimana langkasuka telah wujud lebih awal dari Kedah Tua iaitu sekitar kurun pertama Masihi. Legenda orang Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah, dan kemudian berpindah ke Pattani.

    Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.

    Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.

    Dengan kewujudan dua kerajaan tua ini di Nusantara, maka terbatallah penyataan tentang bangsa melayu adalah bangsa pendatang tetapi adalah bangsa asal di tanah asal bumi melayu bumi bertuah. Gerbang Kota Star yang telah dimusnahkan oleh British dan Tali barutnya bagi menghilangkan bukti bahwa dahulunya pernah berdiri gah dinasti Merong Mahawangsa di bumi kedah, warisan melayu dimusnahkan tetapi malangnya warisan penjajah dijaga rapi sehingga ke hari ini, sehinggakan kita menyangka bangsa melayu dulunya adalah bangsa yang tinggal di atas pokok dan rumah-rumah kampung sahaja.
 
Sumber:https://web.facebook.com/MelayuPuteraBumi/photosa.151182671615431/
790379894362369/ ?type=3&locale=zh_CN&_rdc=1&_rdr
(Diaksespada tanggal 29 Februari 2024 pukul 23.48 WIB)

Melirik Kopi Liberika Asal Pulau Rangsang, Kepulauan Meranti

By ZAMAH_RANGSANG,  Jumat, 13 Desember 2024 Pulau Rangsang, sebuah pulau kecil yang terletak di Kecamatan Rangsang, Kabupaten Kepulauan Mera...